25 March, 2024

Menu Berbuka Puasa Day 12

by on March 25, 2024

 

Menu Berbuka Puasa Day 12 | Hai korang, pejam celik pejam celik dah menu berbuka puasa hari ke 12 dah nieyl share dalam blog. Hopefully konsisten sampai day 30 lah ye hehehe. Oklah weekend lepas ni nieyl masak special sikit, makanan kegemaran husband nieyl iaitu nasi daging utara dengan asam kerisik, lepas tu sup kosong daging dan roti john. Nasi daging versi nieyl ni simple je korang, asalkan ada rasa daging tu kira dah pass la tuh. Ini rasanya kali ke 4 nieyl masak nasi daging , dan pernah masak dalam kuantiti yang banyak untuk pekerja-pekerja husband mai rumah time raya tahun lepas kalau tak silap. Lauk dia mudah je air asam kerisik dan sup kosong dan boleh buat kita bertambah-tambah makan hehehe. Siapa orang utara mesti lagi hebat masak menu nasi daging ni..


Ada Orang Tu Kan Dia Tak Puasa

by on March 25, 2024

Ada Orang Tu Kan Dia Tak Puasa | Time bulan puasa ni lah dia nak demand beli aiskirm mahal-mahal tau, geram betul hahaha, sebab dia tak nak share dengan orang. Bertuah betul budak sorang ni tau. Sekarang ni budak ni akal dia panjang tau, setiap kali datang rumah dia akan remind nieyl, dia akan cakap kalau nieyl keluar pergi mana-mana jangan lupa belikan dia hadiah. Lepas tu siap cakap tak kisah pun hadiah apa, aiskrim ke air ke cawan ke. Kadang-kadang nieyl pergi speedmart 99 tu je pun balik tu dia tanya tak beli hadiah ke untuk dia hahaha..tepuk dahi dibuatnya. Tahun depan dah nak masuk darjah 1 dah tu, kepoh betul mulut dia sekarang ni yang selalu layan dia ni nieyl lah, mak nieyl memang tak larat dah nak layan..sebab bila cakap ada jawapan dia bagi, sampai kadang-kadang geli hati dengar jawapan dia tu..Penghibur hidup nieyl dia ni..


 

Monday Is Here

by on March 25, 2024


Assalamualaikum..
Jumpa Isnin di minggu baru..
Pagi ni nieyl kena hantar Raisya pergi tadika..
mommy dia kena pergi kerja awal sebab ada audit..

selamat bekerja semua..

 

23 March, 2024

Menu Berbuka Puasa Day 11

by on March 23, 2024

 

Menu Berbuka Puasa Day 11 | Air tangan mak ni kan masak apa pun sedapkan. Bertuah mereka yang bergelar ibu ni sebab anak-anak merasai air tangan mak dan nieyl bersyukur sebab sehingga umur 36 tahun Allah masih beri rezeki nieyl merasai air tangan mak sehingga kini. Dalam dunia ni, tidak semua perkara yang kita harapkan, kita akan dapat, setiap orang ada rezeki masing-masing dan tak sama bentuk rezeki yang Allah berikan. 

So, semalam mak nieyl yang masak untuk berbuka menu dia adalah bihun goreng, ayam goreng, ikan sambal , sayur dan murtabak daging. Husband nieyl ni dia kena ada sambal baru dia berselera makan, tapi sejak berpuasa ni aduhai..menjadi-jadi dia makan waktu berbuka ni , risau kita kang baju raya tak muat. 

Hari ini dan esok adalah turn nieyl masak untuk berbuka. Sekarang ni tengah berfikir nak masak apa hari ini sebab hari minggu ni kena masak special sikit, nieyl dah keluarkan daging. Jadi nak masak masakan bertemakan daginglah hari ini..stay tuned okay, nanti nieyl updateee...


22 March, 2024

Blog Walking dengan nieyl

by on March 22, 2024

Hari ini nieyl ada sedikit masa untuk berehat-rehat petang..
Sebab hari ini mak nieyl yang masak, selalunya kalau mak yang masak..
before jam 5 petang dia dah siap masak dah..

Cuma ayam goreng je nieyl cakap, nieyl yang nak goreng..
sebab nieyl suka makan ayam goreng panas-panas..
pukul7 kang baru nieyl goreng..
Sambil menunggu pukul7 tu, nieyl BW dekat blog kawan-kawan..
yang mana selalu tinggalkan komen dekat blog nieyl, 
insya'Allah nieyl akan membalas kunjungan kalian...

Selamat Berbuka Puasa Semua

 

Jom Follow Nieyl

by on March 22, 2024

 

Assalamualaikum...
Selamat Petang, nieyl baru dapat menaip..
Nieyl tengah sibuk siapkan order bawang goreng..
bila nak raya ni Alhamdulillah, order memberangsangkan..
Rezeki Allah bagi untuk raya..

Oh ye..nieyl nak ajak kawan-kawan,kakak-kakak,
adik-adik yang belum follow nieyl dekat Instagram..
Jom follow Click HERE

Terima kasih pada yang dah follow tau..
Kalau ada yang nieyl nak accept lagi, Dm nieyl ya..
sebab kadang-kadang nama dengan gambar nieyl tak kenal..
Tak nak accept sebarangan orang, sebab ramai yg suka scam...
careful okay...

Menu Berbuka Puasa Day 10

by on March 22, 2024


Menu Berbuka Puasa Day 10 | Setakat hari ini nieyl belum lagi jejakkan kaki ke bazaar ramadhan tau, tak tahulah berjaya kekalkan prestasi ke tak tahun ni. Sambil-sambil ni tengah plan nak berbuka puasa dengan syida dan afika minggu depan, insya'Allah hari selasa. Tempat berbuka je belum jumpa lagi, kalau tengok buffet-buffet ni kan aduhai harga dia boleh makan seminggu punya lauk hahaha..so, nieyl masih lagi mencari buffet yang bajet sebab berbuka memang tak makan banyak sebab lepas berbuka nak kerja solat maghrib, sempat pendek je maghrib tu, kena cari tempat yang ada surau.

Menu berbuka semalam nieyl yang masak, sangat simple pucuk ubi tumis cili , ikan bakar ala Portugis dan jua clam masak butter cili. Teringin nak makan clam tu, sebelum puasa hari tu dah makan dah dengan mantau, tapi ni saja nak masak sendiri. Ikan bakar tu first time nieyl masak nasib baiklah sodap ya sebab puasa tak leh nak raa-rasa, yang penting jangan masing hehehe...

Selamat berbuka puasa korang...
 

21 March, 2024

Menu Berbuka Puasa Day 8 dan Day 9

by on March 21, 2024



Menu Berbuka Puasa Day 8 dan Day 9 | Bila dah masuk minggu ke-2 berpuasa ni kan, kepala dah mula stress memikirkan lauk apa nak masak ketika berbuka. Kalau boleh, nieyl cuba masak setiap hari menu yang lain-lain. Untuk menu buka puasa Day 8 ni mak nieyl yang masak, Ikan kembung masak lemak + bendir,sayur bayam tumis, ayam goreng tepung, karipap kentang dan murtabak.

Untuk menu buka puasa day 9 pula nieyl yang masak. Nieyl masak ikan tongkol atau ikan aya masak kicap, sayur park choy, kerabu ikan bilis dan juga tauhu sumbat. Ada komen-komen minta resepi, nanti nieyl try buat entry resepi ya..

Semoga menu-menu yang nieyl share setiap hari ni, boleh membantu korang cari idea nak masak berbuka bersama keluarga nanti okay..



Good Morning

by on March 21, 2024

Assalamualaikum...
Selamat Pagi..
Menghitung hari ke tu...hehehe...
Dah plan ke nak buat kuih raya ke nak beli?
Tahun ni kan mood nak buat kuih nieyl tak sampai la..
semalam nieyl pergi kedai jual bahan-bahan kuih pun..
Macam tak semeriah tahun-tahun lepas..
kenapa eh?dekat media sosial pun kawan2 nieyl tak ada pula update buat kuih..
jual kuih ramai..hehehe...


 

19 March, 2024

Menu Berbuka Puasa Day 7

by on March 19, 2024

 

Menu Berbuka Puasa Day 7 | Sejak Ramadhan ni kan nieyl rasa entry nieyl 90% pasal makanan je kan hahaha, Tapi tak apalah nieyl abadikan sebagai memori kenangan dalam blog. Menu berbuka puasa untuk hari ke 7 disiarkan awal ya pagi ni,jangan ada yang tenung monitor pula pagi ni ya. Menu berbuka puasa semalam mak nieyl yang masak. Sambal aya, telur goreng dan sayur kangkung. Roti goreng sardin tu nieyl yang buat, hari ini buat banyak sedekah juadah berbuka dekat adik beradik.  Kita membalas semula apa yang dieorang dah berikan hari tu untuk pulangkan pinggan, mangkuk.. Ha..macam itula kita adik beradik bila duduk rumah dekat-dekat ni, masak lebih boleh kongsi kan..besar pahala..